Ilmu saya dan ilmu anda... kongsi2 ok..
Pencil Box
Bagi mereka yang belajar buat pencil box untuk anak-anak sendiri ataupun membuat bisnes sambilan. Boleh mencuba cara ini....
Jadinya kesemtan ini Syam nak sedekahkan ilmu membuat kuih tako. Kuih tako nie sedap sangat, kalau time bulan puasa, mmg laku !! Jadi kepada sesiap yang ingin mempelajari kuih tako atau nak beljar nak buat bekas dari daun pandan tu, jomlah .... layan....
Kuih Tako
Kuih Tako
Potongkan separuh sebanyak 5 kali. Pada hujung terakhir buangkan separuh daun pandan tu. Seperti gambar pertama tu yerk... besarnya anggaran 1 inci lebih sikit.. susah pulak nak terangkan ...
Kemudian lipatkan selang seli.. mengikut daun pandan yang telah dipotong tadi.
Lipatkan sehingga ia membentuk kepada 4 segi. Yang penting mesti bberselang seli.. Dah jadikan ! Boleh stapler tepi dan selitkan daun pandan kecil ditgh-tgh "kotak daun pandan" tadi jika terdapat "lubang" ditengah-tengahnya.
Resepi Kuih Tako
Lapisan Atas:
1 cawan tepung Hong Kwe (putih)
1 cawan gula
6 1/2 cawan santan pekat
sedikit garam
Cara-caranya:
Kesemua bahan2 diatas dikacau atas api sederhana sehingga pekat. Kemudian letakkan ke dalam mangkuk daun pandan tadi.
Lapisan Bawah:
1 cawan tepung Hong Kwe (hijau)
1 cawan gula
6 1/2 cawan santan cair
4 biji sengkuang cina ( dicincang)
sedikit garam
Kesemua bahan2 diatas dikacau atas api sederhana sehingga pekat. Kemudian letakkan ke dalam mangkuk daun pandan tadi yang telah dicurah dengan lapisan atas. Sejukkan.. apa lagi makan ler....
"Teduhan Kasih vs Payung Emas"
Oklah disini, saya selitkan xtvt yang menyibukkan diri.. Gubahan Pengantin bersama persatuan penduduk dikawasan Syam... Syam tak adalah pandai sangat dalam gubah mengubah... namun boleh pakai lah jari jemari nie ..hik..hik... kali nie syam gubahkan kain songket dalam bentuk payung... Syam beri nama "Teduhan Kasih"... untuk pasangan yang baru kahwin SATU! kalau bagi yang ingin beristerikan 2, 3, 4... nama gubahan nie dah bertukar pula... "Payung Emas" .. mudah-mudahan mereka yang berpoligami akan memperolehi keberkatan "Payung Emas". No komen lebih-lebihlah .... korang layan jerlah ...
Inilah antara gubahan yang sempat masuk dalam my blog. Cantikkan! Semua very kreatif! Lepas nie bolehlah terima upah buat gubahan ..calling-calling jer.. hik..hik...
Ooopps... adalagi xtvt Syam sepanjang 2009.. tiap-tiap minggu mesti sibuk daaa... hahaha inilah gubahan bunga dalam Tupperware... Ingat tu, Tupperware.. bukan hanya PENTING untuk simpan barang, malah kalau dah terdesak boleh gak buat gubahan bunga... Tak Caya? korang layan jerlah ...
Ampunn.. Tupperware .. Kakak Ipar den punya.. pinjam jer.. hik..hik.. ... seperti biasa rezeki dari Allah, Sayalah pemenangnya... huhh malas lah nak cakap .. hik..hik...
Comments