Andaiku tahu

Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.


Aku Termenung Di Bawah Mentari

Di Antara Megahnya Alam Ini

Menikmati Indahnya Kasih-Mu

Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir

Basahi Panas Terik Di Hatiku

Menerangi Semua Jalanku

Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;Jangan Biarkan Damai Ini Pergi

Jangan Biarkan Semuanya Berlalu

Hanya Pada-Mu TuhanTempatku Berteduh

Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu

Akan Kutempuh Semua Perjalanan

Agar Selalu Ada Dekat-Mu

Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu

Akan Kutempuh Semua Perjalanan

Hanya Pada-Mu Tuhan

Tempatku Berteduh

Dari Semua Kepalsuan Dunia

Menanti di Barzakh - FAr East http://www.youtube.com/watch?v=NydhqRrRvAQ&feature=related

Andai Ku tahu-Ungu http://www.youtube.com/watch?v=FSbbZuJU5tw

Satu kenyataan kita pasti akan dijemput kembali kepadaNYA. Bila? Tiada sesiapa yang tahu. Sudah bersediakah kita?? Mampukah kita menjawabkan YA! ? Ya Allah Ya Rasullullah bergetar tubuh ini , apakah bekalan untuk diriku telah mencukupi? Ya Allah Ya Rasullullah ....

Sudah ketentuannya 20.04.09 Syam telah kehilangan nenek kesayangan. Dalam usia 90 tahun nenek dimuka bumi akhirnya kembali ke tanah jua. Nenek pergi penuh ketenangan, tidak merana kesakitan, namun biasalah dengan penyakit "nyanyuk" dalam usia emas sebegitu tapi tidaklah sampai ke tahap kritikal. Pukul 3.10 pagi Isnin 20.04.09 , nenek pergi di temani oleh cucunya Umi dan anak nenek sendiri Zaiton. Kuasa Allah , ketika itu Umi ingin membuat susu anaknya, entah macam mana dia ingin melihat nenek di dalam bilik bersebelahan. Umi melihat nenek sudah tercungap-cungap. Diajarnya mengucap Lailahaillallah.. alhamdullilah nenek dapat mengikutinya...

Kali terakhir Syam melawat nenek ketika sebelum pergi ke Taman Negara Pahang. Syam rapat dengan nenek sejak berkahwin... sedangkan sebelum nie tak adalah terlalu rapat. Sejak berkahwin neneklah tempat Syam bermanja... sekarang nenek dah tak ada....

Kalau ketika syam budak lagi... kalau time balik kampung jer... mesti suka nenek buat air milo... sedap !!! tak taulah apa yang sedap.. tapi mmg tak sama dengan orang lain buat.... huhuhu.. Bila nenek dah tak larat.. tak dapatlah merasa... lagi air Milo... Lagi satu , kalau nenek pi kedai Mamak... kat depan umah nenek.... mulalah mengendeng nak ittuuuuttt.... bila nenek tanya "Ina nak ikut ker?"... apa lagi melompat ler..... lajjuuuuuuuuu... hahaha....

Itu semua dah jadi kenangan... manis yang tak akan kembali.
Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang telah kembali ke rahmatullallah. Al-Fatihah

Comments

Popular Posts