Bermalam di Mina... & Melontar satu keindahan...

Selama 4 hari 3 malam bermalam di Mina merupakan satu kenangan yang tidak ingin kami lupakan. Setiap jemaah akan diberi nombor khemah ketika berada di hotel lagi. Setiap jemaah akan diberi petak khemah, seramai 16 orang utk satu petak. Di dalam satu khemah besar boleh  dimuatkan anggaran lebih 200 jemaah.

Jika anda perhatikan , kain bewarna purple/ungu dan abjad E adalah tanda membezakan antara 1 khemah dengan khemah yang lain. itulah clue pencarian mencari khemah.Seringkali jemaah warga tua sesat untuk mencari khemah masing2.

 

Pengurusan dan kerjasama setiap dari jemaah adalah amat penting. Tidak mementingkan diri sendiri, saling bekerjsama.

Di Mina, khemah disediakan aircond, pada waktu malam , suasana sejuk. Dengan beralaskan carpet, berbantalkan beg, begitulah keadaan di Mina. Usah terlalu ambil kira suasana yang sesak dan sempit. Banyak berzikir.

Di Mina, banyakkan bersabar. Bawa makanan sampingan kita berupa seperti sambal ikan bilis dll. Di sinilah akan kita kongsi kudapan-kudapan bersama jemaah lain. Seronok rasanya. Rasanya seperti adik beradik.

Sampai sahaja daripada Muzdalifah, sebelum subuh, siapkan diri untuk solat subuh. Keadaan di sekitar khemah agak mengelirukan, maka panduan kita adalah nombor khemah yang telah diberikan serta petunjuk gambar. Selepas subuh dan minum sebentar , kami akan berangkat untuk melontar .

Perlu diingatkan sepanjang masa di Arafah, Muzdalifah dan Mina, para jemaah tidak mandi atau membasuh di sini. Cukuplah sekadar membersihkan mana-mana yang penting. Lakukan secara 3 IN 1, secara cepat dan pantas. KECUALILAH jika ada jemaah wanita yang ingin mandi Hadas Besar dari haid, bolehlah minta izin kepada kepada jemaah lain...

Usah menyakiti hati para jemaah lain. Bukankah kita ingin menjadi hambaNYA yang terbaik. Ingin mengapai Haji Mabrur! Berdoalah banyak2 kepada Allah, agar segala di permudahkan untuk urusan "membuang hajat". Bilangan bilik air yang terhad dengan para jemaah yang ramai. Usah di pertikai kenapa dan mengapa Pihak Arab Saudi menyediakan bilik air yang sikit. Ingatlah! ini adalah ujian daripada Allah SWT. Allah ingin melihat hambanya yang bersabar.  Segala-gala yang berlaku adalah perancangan daripadaNYA. Bersabarlah.

Kami berada di selama 4 hari 3 malam.

Ada juga jemaah Haji yang hanya bermalam 2 malam sahaja. Mereka membuat Nafar Awal iaitu meninggalkan MIna pada 12 Zulhijrah tanpa mabit dan melontar jamrah bagi 13 Zulhijrah dengan syarat-syaratnya:
  • telah sempurna bermalam (mabit) di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijrah
  • telah sempurna lontaran ketiga-tiga jamrah pada 11 & 12 Zulhijrah
  • berqasad untuk melakukan nafar awal
  • meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari pada 12 Zulhijrah
  • tidak berazam untuk kembali lagi ke Mina.

Melontar:


Suasana ketika melontar

 

Tiba dari MUzdalifah sekitar pukul 4.00 pagi. Telah kenalpasti tempat khemah pasangan masing-masing. Saya bersiap sedia untuk solat Subuh pertama di Mina. Di Mina segala kena express, sempoi dan sabar. Selesai sahaja solat Subuh, 15 minit untuk bacaan AlMathurat. Sarapan ala kadar dengan kurma dan biskut. Saya membawa bekalan di dalam beg doraemon saya kurma, kismis, coklat dan semestinya 2 botol air. Perjalanan ke tempat melontar lebih kurang 4 1/2 km pergi dan balik.

Perjalanan pertama pasti memberi debaran. Dengan panduan pihak TH dan haluan yang telah ditunjukkan kami mengikut arah jemaah lain. Pada lorong permulaan memang nampak agak ramai jemaah berpusu. Rasa debaran, hanya zikir sahaja bermain dibibir. Doa terus dititip Ya Allah permudahankan perjalan kami, Ya Allah berikanlah aku kekuatan melalui semua ini.

ALhamdulillah suku perjalanan, ruang telah lapang, debaran kian reda. Sepanjang perjalanan talbiah dilaung-laung. Kami berjalan dengan keadaan tenang dan berhati-hati. Talbiah dan terus bertalbiah. Perjalanan pergi balik mungkin memakan masa 1 1/2 jam. Berjalan dan melangkah dengan tenang. Tidaklah perlu berpusu-pusu dan tolak menolak. Air sentiasa minum. Cuaca yang kering dan berhabuk memerlukan kita minum air yang banyak.

Tiba di tempat lontaran pertama iaitu Jamrah Kubra, pada waktu Dhuha 10 Zulhijrah. 7 lontaran batu dengan yakin memasuki ke dalam lubang. Pastikan lontaran kita memasuki ke dalam lubang , usah tergesa-gesa dan berebut-berebut. Pastikan jua tempat lontaran adalah tempat lontaran yang betul.
 
Selesai sahaja melontar Jamrah Kubra, jemaah akan mengunting rambut @ mencukur rambut , bolehlah selepas itu jemaah Haji lelaki memakai baju biasa.
 
Cuma tinggalkan 3 larangan ihram lagi:
  • Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin : lelaki/wanita
  • Melakukan pen dahuluan persetubuhan : lelaki/wanita
  • Bersetubuh : lelaki/wanita
 
Larangan ihram sehinggalah jemaah Haji selesai melakukan lontaran 11, 12 dan 13 Zulhijrah, melakukan tawaf dan saei.
 
Untuk makluma pada jemaah Haji 2012. Jemaah Malaysia akan melontar terus ke tingkat 3. Kini tempat lontaran telah mempunyai 3 tingkat. Ini memberikan kemudahan kepada semua jemaah.

Selesai sahaja melontar , kami balik semula ke tempat khemah penginapan Mina. Sepanjang perjalanan kami bertakbir raya selama 3 hari.

Begitulah seterusnya pada hari ke 11 Zulhijrah, 12 Zulhijrah dan 13 Zulhijrah; 3 tempat lontaran iaitu Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra. Yakinilah cukup 7 anak batu dan memasuki lubang.

Sepanjang perjalanan melontar, pasti ada jemaah Haji ada yang kepenatan, hulurkan buah kurma, kismis untuk kudapan segera mereka. Kurma dan kismis akan memberi tenaga segera. Bawalah kurma dan kismis ke dalam beg doraemon anda.


Comments

Popular Posts