Tibanya waktu... berwukuf, muzdalifah...

Pada 8 Zulhijrah, para jemaah telah bersiap sedia untuk bertolak ke Padang Arafah berwukuf, dimana ia merupakan rukun haji. Kami akan bermalam selama 1 malam di Arafah, 1 malam di Muzdalifah, 3 malam di Mina.

Kami daripada KT 96 akan bertolak ke ke Arafah selepas solat Asar. Kami mandi sunat Ihram, berpakaian Ihram, bersolat sunat ihram.

Bekalan yang disaran dibawa: jemaah wanita
  1. Air mineral@zamzam. saya bawa guna botol "tupperware yang bertali,atau boleh jer beli botol di tanah suci, senang nak jinjing
  2. makanan berupa kurma/kismis/ roti. Saya syorkan anda membawa kurma/kismis.
  3. Pakaian jubah sehelai/ 2helai.
  4. Kain batik 1helai
  5. pakaian dalaman/ panty liner
  6. telekung sehelai
  7. stokin
  8. ubat-ubatan
  9. selimut ringan
  10. kole plastik fungsinya utk masak maggi @ kegunaan gayung di tandas.
  11. penyangkut "S".. kegunaan utk menyangkut plastik brg ketika di bilik air. almaklumlah wanita terlalu banyak brg "kelengkapan" diri perlu dibawa.
  12. Plastik sampah kecil -kegunaan utk membuang sampah.
  13. 1 helai Tudung sarung.
  14. Berus/Ubat gigi.
  15. Sambal kering ikan bilis/serunding (untuk menambahkan selera anda makan ketika sepanjang berada di Arah dan Mina)* sambal kering di sebaiknya dipekkan bungkusan kecil, untuk sekali makan, senang untuk kita membawanya dan menyimpannya.kongsi-kongsikan bersama rakan jemaah. 
Berkaitan makanan, para jemaah disyorkan tidak terlalu risau, kerana di Arafah dan Mina, para jemaah akan diberi banyak makanan berupa maggi, buah-buahan, biskut dan roti.

Selepas sahaja KT96 diumumkan  , kami bergegas turun ke lobi hotel, utk menaiki bas. Di lobi hotel, kami telah berniat Haji. Seterusnya menaiki bas dengan beg 5kg pemberian TH, tikar TH dan botol air.

Didalam bas, banyakkan bertalbiah.

Perjalanan ke Arafah tidak jauh mana. Mungkin akibat kesesakan jalan, perjalanan memakan masa tidak sampai 2 jam. Kami telah tiba di Padang Arafah.
Kami ditempatkan di dalam khemah-khemah putih. Para jemaah akan diberi nombor khemah setiap khemah akan diduduki oleh jemaah mengikut namanya. Kami telah tiba sebelum masuknya solat maghrib. Kami bermalam semalam di Padang Arafah. Kesabaran memainkan peranan penting. Banyakkan berzikir Subhanallah.... minta bantuan dariNYA.

Beginilah suasananya, nama para jemaah akan di letakkan di tiang khemah, setiap tapak khemah akan diduduki seramai 10 orang. Kerjasama dan tolak ansur memainkan peranan penting. Susunan para jemaah dan barang jemaah perlu sistematik. Berdoalah kepada Allah agar kita ditempatkan bersama para jemaah yang saling hormat menghormati dan rajin beribadat.
 Kedudukan khemah antara mahram cthnya isteri dan suami, khemahnya tidak terletak berjauhan. Ini memberi kemudahan untuk kita mencari mahram kita.


suasana di Arafah.
Maksud wukuf: berada di bumi arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijrah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijrah.

Kita dapat lihat berduyun-duyun jemaah Haji daripada seluruh pelusuk dunia datang ke Arafah. Beginlah suasana dan gambaran ketika hari kiamat.

Menjelang tgh malam hingga ke petang 10 Zulhijrah, jemaah telah bersiap sedia menunggu waktu puncak haji berwukuf zuhur hinggalah lewat petang. Berdoalah dan mintalah taubat sebanyak-banyaknya. Titiskanlah air mata minta pengampunan daripada Allah SWT. Bentangkanlah dosa-dosa kamu ... mintalah ampun dari Allah SWT. Ya Allah terlalu banyak dosaku kepadaMU. Aku datang ke sini dengan diri yang penuh hina, aku mohon keampunan dari MU, ampunkanlah aku. Terlalu banyak masa aku lalai, aku ingkar perintahMU... Ya Allah bantulah aku, tunjukkan dan bawalah aku ke jalan yang benar. Jadikan lah aku hambaMU yang terbaik. Ya Allah , peliharalah auratku, tetapkanlah imanku ke jalanMU.

Hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku

Jika anda membaca khutbah terakhir dari Rasullullah SAW , bacalah dengan sepenuh hati... rasa sayu.. Ya Rasullulah yang ku rindui....

Khutbah Terakhir Rasullullah SAW:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Berlalu sudah waktu berwukuf, setiap detik berlalu, berlalu pebuh debar, apakah ini hari kali terakhir aku berada disini... Ya Allah ampunilah aku.
Selepas sahaja solat Maghrib... jemaah akan bertolak secara beransur ke Muzdalifah mengikut KT masing-masing. KT 96 akan bertolak selepas sahaja solat Isyak. Perjalanan ke Muzdalifah lebih kurang 25 minit.
Muzdalifah
Adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah .
Jemaah akan bermabit sebentar di Muzdalifah. Seperti kami, jemaah KT 96 berada di Muzdalifah sehingga 3.00 pagi. Kami bentangkan tikar sumbangan TH, dan berehat sebentar di sini. Sambil itu kami mencari batu untuk melontar esok hari nya.
Pastikan anda mencari benar-benar batu. Bukannya tanah keras atau najis-najis unta. Untuk membuang was-was , anda perlu ketuk batu tersebut, besarnya sebesar jari kelingking. Ada baik jika anda basuh batu-batu tersebut. Tandas dan tempat berwudhuk disediakan di Muzdalifah.
Banyakkan berzikir, berdoa, bertalbiah, solat sunat.
 copy paste picture...



Berangkat pula ke Mina........



Comments

Popular Posts