Tips pergi Umrah /Haji

Ini adalah tips atau panduan diharapkan dapat membantu anda. Saya bukanlah yang terbaik, yang terbaik datang dari Allah SWT. segala pandangan anda .. boleh sahaja email kpd symsyam@gmail.com

Tips Pergi Umrah/Haji:

1.       Disyorkan bawa sambal ikan bilis, serunding, sos cili.  Dan minuman 3 in 1 seperti Milo/ Quaker Oats. Terutama sekali ketika berada Arafah dan Mina. Mungkin anda memandang remeh, tetapi perlu ingat, kita perlukan selera untuk makan. Makan untuk memberi kita tenaga untuk beribadat. Tetapi perlu diingatkan juga, makan biarlah berpada-pada, jangan sampai malas untuk pergi beribadat ke Masjid. Disamping itu , kongsikan makanan anda dengan jemaah lain. Bonus! Bukankah itu satu kebaikan! *pekkan bungkusan makanan anda berupa sambal/serunding dalam pek kecil utk sekali makan, senang untuk kita simpan dan bawa. 

2.       Bawa kismis & Kurma @ kekacang di dalam beg “doraemon”. Alahai beg gantung TH/agensi tu! Kenapa saya gelarkan beg “doraemon”, kerana di dalam beg itulah kita letakkan segala keperluan yang lengkap. Bawa ke mana-mana sahaja.

Kegunaan Kismis, Kurma, kekacang adalah untuk ketika kita lapar beriktikaf didalam masjid. Sambil kita makan, adalah lebih manis kita kongsikan makanan yang ada dengan jemaah lain. Disamping kita dapat beramah mesra, dan secara tidak langsung dapat juga kita “bonus” . Bukankah itu satu kebaikan!

3.       Bawa sejadah ke mana-mana sahaja! Disamping kita dapat “chop” tempat solat kita disamping itu, kita boleh kongsi sejadah dengan jemaah lain. Bonus! Bukankah itu satu kebaikan!

4.       Kismis & kurma yang kita bawa, boleh kita kongsi dengan jemaah lain tak kira jemaah dari Malaysia atau dari bangsa lain, marilah kita sama-sama membantu jemaah lain ketika mereka kepenatan ketika ulang balik saei, perjalanan melontar yang sejauh hampir 5km...seringkali saya melihat ramai jemaah haji yang kepenatan. Kurma dan kismis adalah satu sumber tenaga yang bagus dan segera. Sebagai contohnya ketika berbuka puasa, kita disunatkan untuk memakan kurma sebagai tenaga segera, setelah kita kelaparan di siang hari. Adakalanya jemaah umrah/haji terpaksa berjalan jauh samada dari hotel, kepenatan. Keluarkan kurma & kismis anda di dalam beg doraemon anda !! Bukankah itu satu kebaikan!


5.       Bawa beg plastic sampah hitam. Sukarelakan hati anda untuk sama-sama menjaga kebersihan tandas. Kegunaan ketika di Arafah dan juga di Mina. Adalah dukacitanya masih ada jemaah haji yang masih tidak menjaga tatasusila dan kebersihan. Buang p**s / pampers sana sini bukanlah satu perkara baru, malah sudah acapkali pihak TH mengingatkan. Namun masih berlaku. Bagi anda yang sedar , ayuh jom kita ringankan tangan, sama-sama membantu menjaga kebersihan. Bonus !Bukankah itu satu kebaikan!

6.       Hadkan wang anda. Dukacitanya jika terdengar para jemaah haji yang kehilangan wang. Diingatkan para jemaah haji , hadkan wang anda. Tidak perlulah bawa wang ke Masjid terlalu banyak. Ikut keperluan sahaja misalnya 50- 100Rial sahaja. Disamping itu asingkan wang anda dengan kadar kecil misalnya 1 rial. Gunakan untuk beli makanan . cthnya 1 rial atau berapa rial , anda boleh sedekahkan kepada “cleaner” masjid.. Bonus! Bukankah itu satu kebaikan!

7.       Gula-gula batuk! Masukkankan dalam beg doraemon anda. Keluarkan dan kongsikan bersama dengan jemaah lain yang memerlukan.. hmmm bonus lagi ! Bukankah itu satu kebaikan !
 copy paste gambar..

8.       Shooping! Rata-rata memang jemaah Haji Malaysia memang kaki shopping!! Saya percaya sebab saya melihat sendiri. Banyak-banyak kan istifar, usah kita terlalu boros. Bukankah boros itu satu kerja syaitan. Belilah ala kadar sahaja untuk keperluan anda. Usah diikut nafsu. Jika hendak diikutkan mungkin tidak terdaya. Ingat tujuan ketika kita melangkah keluar . Mahukan Haji mabrur! Haji Mabrur! Belilah kurma Nabi, habatusauda, kismis. Bukankah itu makanan yang penuh keberkatan!

9.       Plastik beg putih yang kecil ( macam plastic kuih) alahai beg plastic kalau kita beli kuih, yang tu lah ... hik..hik... kegunaan ketika kita berada di Arafah, Mina, dalam Masjid. Penyakit batuk memang macam sinonim kepada para jemaah haji @umrah. Kegunaannya adalah untuk kita membuang kahak. Jika berada di Masjid, @ berada dalam saf, dimana ingin kita buang kahak... ermmmm telan balik?? Sekali dua boleh lah yerk... Gunakan plastic kuih tadi untuk kita membuang kahak. Berilah kepada jemaah lain yang memerlukan. Disamping menjaga kebersihan, kita pun rasa lebih selesa. Bonus!! Bukankah itu satu kebaikan!

10.   Bawa tali ampaian. Saya bawa 3. Satu untuk kegunaan di dalam bilik hotel. Satu lagi untuk kegunaan luar hotel( ampaian luar). Dan satu lagi kegunaan di khemah Mina. Kita dapat kongsikan bersama rakan bilik @khemah. Bonus !!! Bukankah itu satu kebaikan!!

11. Beli Minyak Zaitun: utk sapu di tangan terutama sekali tapak kaki lelaki/wanita. Malam siang, kena sapu mengelakkan kulit kering dan tapak kaki merekah. Boleh beli di Madinah /Makkah di kedai-kedai, Jabal Hud. Harga dalam 5 Rial tin kecil .Seperti gambar di bawah.

Keperluan/Panduan:

11.   Bawa gantungan “S”, utk kemudahan anda ketika menggunakan tandas di Mina, Arafah. Seperti biasanya kaum wanita perlukan keperluan barang yang banyak  ketika memasuki tandas. Bawa beg plastic dan gantungkan pada “S” hock di pintu. Mudahkan ...



S hook kegunaan utk menyangkut beg ketika di dlm tandas
12.   Bawa socket antarabangsa & socket extansion . Kegunaan ketika berada di hotel untuk charge handphone sudah semestinya! Kita kongsi-kongsi sama dengan jemaah lain. Bonus!! Bukankah itu satu kebaikan!!






13.   Penuhkan kesabaran anda ketika di Tanah Suci. Sebaik-baiknya ketika berada Di Arafah & Mina, jemaah dinasihatkan TDAK MANDI ATAU MEMBASUH BAJU, kerana keadaan para jemaah yang ramai dan tandas yg terhad. Berikan keutamaan kepada perkara penting.

14.   Selipar ke masjid boleh dimasukkan dalam karung atau masukkan dalam plastic beg spt Giant, Speedmart dll.. tempat kasut ada disediakan berhampiran tempat solat. Letakkan dan yakinilah...Saya syorkan anda, ketika melakukan tawaf, adalah lebih baik anda tidak membawa selipar bersama ketika tawaf. Dibimbingi selipar kita mengandungi najis. Letakkan selipar di tempat letak kasut. 

15. Bawa kole plastik ketika anda berada di Arafah, dan di Mina. Kegunaan kole adalah untuk memasak Maggi, untuk minum di khemah Arafah/Mina, dan ketika di tandas Arafah.

15.   Lakukan sebanyak mana kemampuan anda tawaf sunat. Berdoalah agar anda diberi kesempatan untuk menguncup hajar aswad, berdoa di Multazam, Hijir Ismail, Maqam Nabi Ibrahim. Ingat! Usah bertolak dan bersabar. Insyallah Allah akan membantu anda. Kekadang kita akan melihat keadaan tawaf sesak dengan manusia, percayalah dan yakinilah, bahawa pasti ada ruang untuk anda berdoa... Yakinilah Allah akan membantu anda...

16.   Berpuasalah. Ambil peluang ketika berada di Tanah Suci untuk berpuasa. Anda akan menikmati berpuasa. Berpuasalah dengan memakan buah kurma dan minum air zam-zam. Nikmatinya... dan Yakinilah.

17.   Solat Jumaat bagi jemaah wanita adalah sunat. Perlu keluar awal 3 jam awal. Untuk mengelakkan kesesakan. Di Madinah dan di Masjidil Haram sudah diperuntukkan tempat solat wanita. Masuklah dalam kawasan solat wanita. Jika seminggu sebelum dan selepas Hari Arafah, keadaan masjid amat sesak. Disyorkan jemaah keluar awal 4 jam sebelum  masuknya solat Jumaat. Bagi jemaah wanita yang tidak berkemampuan boleh sahaja bersolat di masjid-masjid berdekatan hotel penginapan.

18.   Solat Sunat Jenazah. Setiap kali selepas sembahyang fadhu pasti akan ada solat sunat Jenazah. Lakukanlah kesempatan ini.

19.   Pelihara aurat anda terutama kaum wanita. Peliharalah aurat anda samaada ketika dalam keadaan solat atau tidak. Pakai stoking. Sarung lengan. Bertudung litup. Bawakan amalan itu walaupun anda sudah berada di Malaysia. Lakukan perubahan...

20.   Jika terdapat permasalah adukan kepada ustazah dan ustaz Tabung Haji. Usah segan atau malu. Jangan sesekali mengadu  kepada “ustaz @ustazah segera”.... perkara ini banyak kali berlaku. Adukan masalah anda kepada pihak Tabung Haji.

Banyakkan solat taubat, solat hajat, mintakan dari sekarang, Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Jika anda nak kuncup hajar aswad, nak berdoa di hapan Multazam, hendak bersolat di Hijir Ismail, hendak bersolat di Maqam Nabi Ibrahim, nyatakan apa yang anda inginkan ...  Katakan kepada Allah SWT... insyallah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saya banyak rujuk buku daripada Profesor Muhd Kamil Ibrahim "Travelog Haji " Mengubah Sempadan Iman. 



Ini lah adalah merupakan satu bengkel kehidupan yang paling indah dan bermakna. Allah ingin melihat sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNYA.

Tips untuk berada di Tanah suci. Bawakan diri anda sempoi. Sempoi .. yang sederhana. Usah terlalu demand. Hambakan diri anda kepada Allah SWT. Gunakan detik yang ada beberapa detik itu sebaik mungkin. Mungkin masa itu adalah yang pertama dan terakhir.

Terlalu banyak kebaikan yang dapat kita lakukan , walau di mana kita berada. NIatkan kerana Allah. Apabila ingin tidur niatkan kerana Allah... Ya Allah aku ingin berehat.. rehatkanlah aku.. kejutkanlah aku Ya Allah, aku ingin bertahajud malam ini... Allah akan bantu anda!  

Comments

Popular Posts