Tawaf Haji Dan Saei Haji
Selesai sahaja melakukan lontaran terakhir pada 13 Zulhijrah. Perasaan sedih dan sebak menyelubungi perasaan. Apakah ada lagi saat sebegini lagi untuk aku pada masa datang? YA Allah terimalah amal ibadat kami. Sepanjang perjalanan balik dari jamrat ingin sahaja saya merakam segela detik indah ini. Masa ini tidak akan berulang kembali. Ya Allah segala kenangan di Mina merupakan satu kenangan terlalu indah, yang tidak mampuku ucapkan di dalam blog ini. Satu bengkel kehidupan yang terlalu cantik bentuknya...
Kami terus menaiki bas balik ke hotel. Tiba sahaja di hotel, kami pergi pula ke Masjidil Haram. Keadaan ketika ini , agak sesak dengan jemaah. Terasa perasaan ini terlalu rindu .. rindu.. untuk melihat kaabah. Selesai sahaja solat tahiyatul Masjid, solat Zuhur. Saya dan suami melangkah seterusnya ke dataran kaabah untuk melakukan tawaf haji. Subhanallah, beginilah suasana Haji. Dataran Kaabah penuh dengan jemaah Haji melakukan tawaf. Keadaan ini berbeza semasa pertama kali sampai menunaikan umrah.
Fokus! Tumpukan perhatian, berdoa kepada Allah SWT. Walaupun ruang itu anda nampak padat dengan manusia. Insyallah ada ruang untuk anda. Berdoalah ... Tidak sampai sejam kami telah selesai menunaikan tawaf Haji.
Seterusnya kami pergi ke kawasan Saei. Kawasan Saei mempunyai 5 tingkat. Kami lebih suka memilih di dataran yang sama dengan Sabah , kami dapat melihat kaabah dengan jelas dan pastinya di sini masih ada kesan-kesan batu-batu tanda Bukit Safa dan Marwah. Sebanyak 7 pusingan Saei, tamatnya di bukit Marwah.
Alhamdullilah ... selesai sudah rukun Haji buat kali pertamanya.

Comments