Lambaian kota Makkah

Sebelah pagi terakhir aku berada di Kota Madinah saya telah membuat Ziarah Wada' ke Raudhah dan Maqam Rasullulah SAW. Perasaan sebak terus menyelubungi, apakah ini kunjungan ku terakhir. Apakah masih ada kesempatan untuk ku datang lagi ke sini? Ya Allah jemputkan aku ke sini.. Di sini terlalu indah, aku merasakan kedamaianMU.

Pukul 10 pagi sekembali ke bilik hotel, barang telah dikemaskan. Dengan sikit bekalan makanan di dalam bas nanti. Jemaah dikehendaki mempersiapkan diri dengan mandi sunat Ihram sebelum waktu Asar dan bersedia dengan pakaian Ihram. Akhirnya tibanya masa untuk keberangkatan ke Kota Makkah. Selesai sahaja solat Asar di Masjid, Jemaah akan menaiki bas untuk ke Kota Makkah.
Perjalanan mengambil masa selama 8 jam-12 jam bergantung kepada pemandunya. Semuanya rezeki daripada NYA.

Selepas perjalanan anggaran 2 jam ,Jemaah akan singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk memasang niat Umrah Haji. Di sini jemaah akan melakukan solat Jamak. Solat sunat Ihram dan seterusnya memasang niat Umrah Haji. Perjalanan di teruskan ke Kota Makkah . Pelihara dan ingat larangan Ihram. Perbanyakkan bertalbiah.

Sekitar pukul 2.00 pagi saya tiba di Hotel Land Premium Al Falah, Kota Makkah.Dengan keadaan yang masih berihram. kami telah diberikan taq nombor bilik, bilik itu dimuatkan seramai 8 orang. Alhamdullilah. Selesai sahaja meletakkan barang. Kami bergegas pula ke Masjidil Haram. Untuk melaksanakan rukun Umrah. Kami bertanya arah ke masjid kepada pihak TH, kami telah mengikut jala laluan jemaah luar. Subhanallah , Ya Allah .. Masjidil Haram sudah berada didepan ku. Ya aku berada di Masjidil Haram.

Comments

Popular Posts