Re..Re..Resepi

Balik kampung hubby Sungai Besar. Memang menyeronokkan. terutama sekali bila musim sawah menguning... cantik sesangat. Disini syam selitkan resepi kuih peneram atau orang panggil kuih telinga keling yang diperolehi daripada makcik kat kampung... huh sedap...

Resepi Kuih Peneram

3 cawan air
3 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
1kg tepung beras
1 sudu besar tepung gandum

Panaskan air bersama gula merah & gula pasir. Bila dah cair. Tutup api.
Dalam air tgh panas, masukkan tepung beras bersama tepung gandum. Gaulkan sebati.
Perapkan semalaman.
Esoknya. Ulikan dan betukkan adunan.
Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam peti sejuk, dan boleh diguna di lain hari.

Copy paste
sumber asal: mamazieza
jumpa: http://elianas.fotopages.com/?entry=1817059
Elianas Homemade Cakes


Resipi Fondant Marshmallow

250 gm marshmallow putih
2 sudu besar air
gula aising secukupnya

Panaskan marshmallow dalam double boiler dgn dua sudu besar air. Kacau sehingga cair. Tutupkan api dan masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli. Lepas tu uli laa pelan-pelan mcm kita uli fondant biasa tu. Warnakan ikut cita rasa sendiri nak buat apa.ok selamat menerai .

Comments

Popular Posts