Sedekah


Sedekah adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Allah memberi amaran kepada mereka yang bakhil melaui firman-Nya,
“ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)


Sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja. Rasulullah pernah bersabda, kalau tidak boleh memberi sesuatu benda, senyumlah kerana senyuman adalah sedeka. Begitu juga membuang duri di jalanan adalah sedekah hatta berkata-kata perkara yang baik pun termasuk dalam sedekah. Ini terkandung dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Ternyata sedekah itu bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Ini juga memberi semangat kepada golongan yang kurang berada bahawa pintu bersedekah ini terbuka luas bukan hanya kepada golongan kaya. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah, daripada Jabir bin Abdullah, katanya:
Rasulullah pernah bersabda,
“ Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah. Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesame anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di bawanya.” (Riwayat Imam Ahmad).

Orang kaya dan orang miskin masing-masing digalakkan bersedekah menurut kemampuannya. Tetapi orang miskin yang bermurah hati ingin bersedekah boleh bersedekah ala kadarnya asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang-orang yang menjadi tanggungannya. Sesudah itu kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, baharulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.

Jom sedekah!

http://rumahanakyatim.com/
http://azwaramril.blogspot.com/2008/12/khasiat-sedekah.html

Comments

Popular Posts