Happy Birthday Jannah & ....
Sedar tak sedar... dah setahun berlalu.... dan dah bertambahlah usia kita. Begitu juga dengan anak tersayang Nurul Jannah sudah 4 tahun usianya.. sekejap jer rasanya. Pada tahun nie, diadakan kenduri kecil-kecilan sempena untuk menyambut Ramadhan, sekali gus kenduri doa selamat, dan kesempatan itu diadakan sambutan harijadi Jannah dan ibunya sekaligus.... kebetulan kendurinya diadakan pada harijadi Ibunya... kebetulan ajer tau(huhuhu.. dah tua.. dah nak sambut jugak ker???)..
Untuk Jannah, ibu dan ayah doakan agar Jannah dipanjangkan umur dan menjadi muslimah yang beriman dan bertaqwa. Menjadi pejuang untuk kemenjadian diri seorang insani. Ibu dan ayah doakan agar Jannah sentiasa bijak memilih 'intan' dan 'permata' dalam pergaulan.
Untuk ibunya, sebenarnya ucapan untuk diri sendiri.. hik3... tinggal berapa balance lagi umur ku... teruskan usaha untuk memperbaiki diri mu, semoga iman dan taqwa kian bertambah seiring usia yang pasti bertambah. Amin.. amin... korang semua yang membaca blog ini pun, doakan sekali untuk kami yerkk dan diri kalian... Insyallah
Comments