Titipan Buat :Nurul Jannah
Anak ku yang Nurul Jannah,
Cahaya Syurga, mudah-mudahan menjadi cahaya syurga buat ibu dan ayah. Itulah satu nama yang ingin ibu& ayah panggil dan dirimu dikenali.
Jannah,
pinta ibu & ayah, hidup ini satu perjalanan yang penuh dugaan. Tujuan pertama kita di dunia kerana Allah S.W.T. Hadirmu dan pertemuanmu dalam keluarga ini adalah kerana Allah S.W.T. Segala perjalanan ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Jannah,
Kasih ibu & ayah, tetap kekal abadi hingga ke akhir hayat. Wahai sayangku, usahlah kau berputus asa dalam kehidupan ini. Hidup ini terlalu banyak ronak duri. Adakala kita terluka.. adakala kita tercalar... itulah rencah kehidupan sayangku.

Kehadiran mu penyeri ibu & ayah. Doa ibu & ayah jadilah manusia yang ingat pada Allah S.W.T, insan yang berbakti, dan sentiasa menjaga solatmu, puasamu, auratmu, bicaramu dan kewajipan mu sebagai hamba Allah yang kerdil, ingat akan ibu ayah.. selagi nyawa dikandung badan..

Sayangku, usah kau lupa diri bila kau di atas... Tika susah atau senang, ingatlah Yang Maha Esa. Kasihlah kepada mereka yg mengasihi mu senantiasa.
Ingatlah sayang, apa jua keadaan.. usah biarkan kasih sayang kita terlerai dilanda badai...

Sayang ibu dan ayah selalu...
Comments