Umrah & Honeymoon









Alhamdullilah, lepas kami berkahwin 7.03.03 , memang kami niatkan nak pi umrah bersama suami.. alhamdullilah, rezeki kami, dapatlah kami pergi bersama-sama ke Jordan dan umrah sekali... "Aku merinduimu.. tanah suci Makkah, yang penuh kedamaian"... dan insyallah tahun 2011 huihh tak lama lagi nie... sekarang tahun 2008 lagi 3 tahun jer... syam bersama suami dah mendaftar Tabung Haji untuk menunaikan Haji... mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kami... amin..



Ketika di Laut Mati Jordan. Kalau mandi laut kat sini mesti tak tenggelam punya. Kepekatan garamnya luar biasa. Jadinya, Syam pun tak berani nak fokus dekat-dekat coz takut camera jadi karat pulak. Kalau dilihat dari kaca mata, dapat dilihat kepekatan air laut dipersisirannya garamnya seperti likat. Mmg tiada kehidupan disini. ini lah kekuasaan Allah S.W.T. Alkisahnya laut mati nie.. kena semak sendirilah yer...





Kat sini tak macam kat laut Port Dickson. Hanya lelaki jer yang mandi, macam Syam nie perhatikan jerlah. Tengok tu, persekitaran hanyalah padang pasir . Tak macam PD siap ada org jual aiskrim ... ada bana boat.. hik..hik..








Inilah permandangan Masjidil Haram. Snap daripada hotel yg mmg berada betul-betul di tepi Masjid. Nampak jer cuaca macam panas. Tapi bagi Syam, duk di Malaysia lagi panas berbanding di Tanah Suci nie. Panasnya berbeza dgn di M'sia. Panas di M'sia perittt.. huhhh tak tahulah nak terang macamana....




Comments

Popular Posts