Panggilan Haji 2012
Disini saya ingin berkongsi cerita dan mungkin juga beberapa tips untuk mereka yang bakal menunaikan umrah dan Haji. Mungkin juga ada para pembaca yang ingin berkongsi ilmu , amat syam alu-alukan.
Pertama sekali saya cuma ingin berkongsi cerita, jauh sekali untuk menunjukkan diri ini yang terbaik. Yang Terbaik hanyalah dari Allah SWT.
Rezeki Allah ... Tahun 2012, pada 22 hb Oktober - 5 November KT 19. Dijemput oleh Allah S.W.T sebagai tetamu HajiNYA.
Subhanaallah.... Maha Suci Allah.
Ya Allah .... perasaan bila menerima mail daripada Tabung Haji ... bahawa diri ini mendapat "Tawaran Bakal Haji bagi sessi 1433H/ 2012" . Saya telah mendaftar Haji pada tahun 2006, alhamdullilah detik yang dijangka pergi akhirnya berkunjung tiba. Alhamdullilah... satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.. yang tidak dapat saya ungkapkan... Gembira! Suka! Malu! Ya Allah terlalu banyaknya dosaku... Ya Allah tetapi kau memanggil diri ku ke rumahMU... Subhanallah...
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "
Perkara utama, yang perlu oleh para jemaah adalah bekalan ilmu. Persediaan ilmu adalah amat-amat penting. Tanpa ilmu umpama seperti tin kosong yang tidak punya makna, Tabung Haji telah menyediakan kursus persediaan Haji. Jangkaan masa setiap minggu dalam tempoh 3 bulan. Belajarlah dan kutiplah ilmu sebanyak mana yang mungkin. Banyakkan memmbaca dan fahamilah. Bertanya jika tidak faham. jika malu untuk bertanya secara direct boleh sahaja sms atau email sahaja kepada Ustaz/Ustazah. Sungguh mudah bukan! Peruntukkan masa anda untuk mencari ilmu berguru. Bukankah anda ingin menjadi tetamu yang Maha Agung, Allah SWT. Persiap diri anda.
Umpamakan seperti diri anda akan menghadiri satu majlis , pasti anda menyediakan diri anda yang terbaik. Dari segi pakaiannya, fizikalnya dan pengetahuannya.
“Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Comments