Open House
Ini pula ada gambar tika Majlis Tertutup Hari raya untuk keluarga sebelah Syam. Kenapa Majlis Tertutup... ? Sebab mereka-mereka nie suka privacy.. tak suka diganggu... oleh paparazi2 di luar sana yang panas dan ganas... hik..hik.. macam artis lah pulak ... apa-apa pun terima kasih di atas kesudian u all.. yang kelaparan ... tapi sedapkan makcu masakkan .... ermm ikan siakap 3 rasa, dan ikan siakap lada hitam... ayam masak lemak , kangkung goreng belacan , ayam goreng berempah ... huiiihhh sedap tuuuu
Open House pada hari Raya ke 4, Sabtu.... Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada permulaan agak mendebarkan almaklumlah first time buat open house... habis rumah ku "dibuka".. hik..hik... Terima kasih kepada orang kuat iaitu kakak ipar ku.. dan juga kepad tetamu yang sudi menghadirkan diri...
Sahabat lama ku Suhana bersama-sama anak-anak nya yang comel... Thanks Anna.
Antara hidangan simple... nasi ayam, nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang.. kakak ipar aku yang buat... dan puding roti, puding kastard dan muffin... yang ini aku buat yerk...



Mmg penat.. layan tetamu... huih... walaupun penat.. senyuman tetap ku ukir... penat tapi seronok.. Open House tahun depan??? Terus terang Open House bukanlah perkara kewajipan yang ingin Syam adakan pada setiap hari lebaran... tengoklah yerk... dulu... alah kalau bukan Open House apa salahnya datang .. betui tak ....???
Comments