My Home Decor
Terlebih dahulu nak ucapkan SaLam RaMadHan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini, kita lebih menghayati bulan yang penuh keberkatanNYA
Sempena Raya bakal menjelang nie, sudah semestinya para isteri yang pasti sibuk uruskan rumah tangga dari kuih muih yang sedap dan tak sedap, pakaian berapa rak , decor rumah , pinggan mangkuk nak set english rose.. hik..hik.., duit raya berapa nak tukar dan yang paling penting... keputusan nak raya mana tahun nie... hik..hik..
Apa pulak yang disibukkan oleh para suami? .. masa nie mereka jadi banker.. itupun kalau banker tak bankrap lagi ...huhuhu.. nasib badan..lah yer
Macam Syam nie alhamdullilah tak perlu nak kecoh nak raya mana, hik...hik.. negeri-negeri pun sebelah menyebelah jer.. hanya RM6.++ jer duit tol.. itu bayaran tahun nie yerkk tak tahu lagi esok lusa.. TOL DINAIKKAN.. huihhhh . "Mak Abah tungguuuu.... inar balik yerk... masak lomang dan ketupat"
My Landskap, huih tak der idealah nak wat macamana..hik..hik..
Sederhana. Itu konsep yang ingin Syam pegangkan sampai bila-bila. Tak perlu belanja berlebihan. Apa yang boleh digunakan... guna.. Jangan timbul sampai riak.. BAHAYA!
Inilah hiasan dalaman rumah kami sekeluarga yang baru diduduki. Pilihan warna maroon, HANGAT gitu.. sebegitu HANGATnya kasih kami sekeluarga... hik..hik.. jangan mare
Ini kerusi Madam MAMA punya,
tak boleh sebarangan orang mahu duduk... ada DAULAT yer. =) Ampun Madam MAMA..
Kalau mau tahu yang tu adalah sofa Mr Boss Besar... hanya Mr Boss jer yang duduk baring.... langsung tak bagi "cann".. kat Madam MaMa.. huaaa.. baring kat lantai ajerlah ... huaaaa
dan kerusi dua tu..mak ayah punyer...
Ini almari Madam MaMa punyer... koleksi barang-barang entah apa-apa tah... ada sesiapa nak beri koleksi... jomlah pos kat saya yerkkk ( knp pulak almari nie senget.. niee...)
Comments