Tawaf & Saei & Cukur

Kami bernekad untuk melaksana dan menyelesaikan segera rukun Umrah, Tawaf & Saei. Kami mohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan kami.

“Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu rahmat dan keampunan-Mu. Ya Allah, Aku nak berubah , aku nak berubah, jadikanlah ibadah haji ku ini sebagai merubah sempadan iman ku" -Professor Muhd Kamil b Ibrahim



Permulaan Tawaf:



Tawaf bererti mengelilingi kaabah 7 pusingan dengan mematuhi syarat-syarat sahnya.

Syarat-syarat sah tawaf:
  1. Menutup Aurat
  2. Suci drpd Hadas besar dan kecil
  3. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf drpd najis
  4. bermula dan berakhirnya di sudut hajar aswad
  5. menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  6. dilakukan dalam masjidilharam dan diluar dari hijir ismail /syazarwan
  7. tujuan tidak berubah selain tawaf
  8. cukup 7 pusingan dengan yakin.
Setelah selesai sahaja, tawaf bolehlah kita mencari ruang melakukan solat sunat tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim.

Ada juga terjadi , dalam pengiraan bilangan , adakalanya para jemaah terlupa @ was-was. cthnya antara 6@ 7 pusingan... adalah sebaiknya para jemaah ambil bilangan ke 6 dan tambah lagi satu pusingan mencukupi 7 pusingan. Yakin!

Ketika tawaf, kita dibenarkan untuk berhenti @ rehat sebentar. Pastikan kita telah habis pusingan tersebut di penjuru Hajar Aswad. Kemudian setelah rehat @ minum air sebentar sambung semula baki pusingan.Begitulah juga keadaan nya apabila, sudah masuk waktu solat, kita boleh sambung semula, PASTIkan kita tamatkan pusingan di penjuru Hajar Aswad.

Saei:

Saei bererti berulang alik di antara bukit safa dan marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.

Syarat-syarat sah saei:
  1. Masuk waktu iaitu selepas tawaf.
  2. Bermula di bukit safa, berakhir di bukit marwah
  3. cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali drpd safa ke marwah dan sekali daripada marwah ke safa.
  4. Hendaklah saei di kawasan saei.
  5. tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saei.
Selesai sahaja tawaf dan melakukan solat sunat tawaf. Kami melakukan Saei, arah tandanya di penjuru Hajar aswad sebelah kanan, kita akan nampak kawasan saei. Bermula di Safa , jarak perjalanan antara safa dan marwah 420m.

Saei, kita boleh berehat sebentar samaada untuk minum atau sebagainya, namun kita perlu ingat di check point yang kita berhenti. Dan sambung semula di check point itu semula untuk melengkapkan pusingan seterusnya.

Kita akan tamat pusingan Saei di Marwah.
Suasana di Marwah. perbanyakkan berdoa di setiap hentian safa dan marwah.
kredit photo to: manzlie-makkah.blogspot.com
 
Bercukur atau bergunting:
 
Maksudnya, menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut dikepada dengan menurut syarat-syarat sahnya:
 
  1. masuk waktu *waktu bercukur/bergunting selepas separuh malam, malam 10zulhijrah bagi org yg mengerjakan haji.
  2. rambut di kepala
  3. tidak kurang dari 3 helai
Pastikan kita telah membawa gunting kecil , bagi kaum wanita sila pelihara aurat rambut anda. Jika org terlalu ramai, boleh sahaja kaum wanita, gunting sahaja di bilik hotel.

Bagi kaum lelaki boleh gunting atau bercukur di kedai yg telah disediakan.

Bagaimana pulak, jika berkepala botak, bagaimana pula, utk bergunting, anda boleh lalukan sahaja pisau cukur @ gunting di kepala sebagai tanda syarat.

Comments

Popular Posts