Detik Di Madinah Al Munawarah

Selawat kepada Rasullulallah SAW. Penerbangan jemaah Haji yang awal akan berangkat ke Kota Madinah. Jemaah Haji akan berada di Madinah antara 8-9 hari. Penerbangan saya pada 22hb September KLIA, saya telah tiba di Airport Madinah ketika itu pukul sekitar 8.00 pagi. Kami menaiki bas ke kota madinah memakan masa 2 jam. Dan telah tiba di hotel Al Andalus, Madinah pada pukul 11.00 pagi.

Dengan kadar segera, selepas sahaja check in bilik, terus saya dan suami pergi ke Masjid Nabawi. Perjalanan dari Hotel ke Masjid hanya 500 meter sahaja.. Dekat... Subhannallah!!

Kota Madinah , kota yang moden, bangunan-bangunan hotel tersergam indah. Pada Hari kedua, jemaah akan dibawa melawat sekitar Masjid, memasuki kawasan Raudhah, melawat kawasan perkuburan Baqi.

Paha hari ketiga, para jemaah akan dibawa menaiki bas melawat ke Jabal Hud, Masjid Quba, dan pasar tamar. Para jemaah dinasihatkan telah mengambil wuduk di hotel terlebih dahulu dan akan bersolat di Masjid Quba.

Masjid Quba
 

Masjid Quba ini adalah masjid yang pertama kali dibangun oleh Baginda Rasulullah SAW, di atas sebidang tanah milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amir bin Auf yang diwakafkannya kepada beliau setiba di Quba. untuk bacaan selanjutnya klik Masjid Quba .

Suasana ketika itu agak panas, para jemaah telah diberi peringatan oleh pihak TH bahawa jemaah Haji pada tahun 2012 akan mengalami suasana yang agak panas. Persediaan seperti pelembab bibir adalah penting, dan semestinya minum air yang banyak . Dengan kesempatan ini, air zam zam menjadi PILIHAN UTAMA saya. Pelembab yang saya gunakan hanyalah minyak zaitun yang mudah sangat diperolehi di sini. Insyallah ianya membantu tidak mengalami tumit merekah atau kulit kering.

Bagi wanita yang uzur/dalam keadaan haid. Bolehlah penuhi masa dengan membaca tafsir alquran, dan berzikir. 

Tips: Madinah

Bagi jemaah wanita, anda tidak dibenarkan membawa handphone bercamera. Pihak guard wanita di Masjid Nabawi akan membuat check pada beg sandang yang jemaah bawa. Jika mereka menjumpai handphone bercamera, jemaah tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid. Alternatif yang boleh anda ambil adalah jemaah boleh simpan di poket seluar. Semestinya niat kepada Allah, handphone ini adalah kemudahan untuk ku hubungi suamiku dll. Insyallah Allah akan membantu. Alternatif ke dua, bawa telefon biasa sahaja.

Berbeza pula bagi jemaah lelaki, mereka dibenarkan membawa handphone ke dalam masjid dan mengambil gambar dalam masjid.

Dinasihat para jemaah wanita, hendaklah tiba awal ke masjid, kerana tempat wanita adalah terhad. Jika tidak para jemaah akan bersolat di luar masjid. Solat di luar masjid tiada solat Tahiyatul masjid. Rebutlah peluang berada di masjid. Peruntukkan masa anda untuk tiba ke masjid 2 jam lebih awal. Banyakkan beritikaf di masjid.

Melawat Raudhah : Jemaah Wanita

waktu lawatan :
selepas subuh
Selepas Zuhur
dan selepas waktu Isyak

Bagi jemaah wanita, waktu melawat Raudhah telah ditetapkan. Saya tidak pasti pintu Masjid nombor berapa. Sila rujuk kepada para ustazah. Di Raudhah, kita boleh melawat Maqam Rasullullah . dan bersolat sunat di Raudhah. Ambil peluang selama beberapa berada di Madinah untuk mengunjungi Raudhah. Dalam tempoh menunggu menanti giliran ke Raudhah banyakkan bersabar .


Carpet bewarna hijau membeza kawasan Raudhah. copy paste gambar. Beginilah kawasan Raudhah , dapat tempat di saf pertama.


Beginilah keadaan Raudhah , di bidai bewarna Hijau (hujung sana) disitulah terletaknya maqam Rasullulah SAW , Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) 

Sabda Rasulullah saw:
“Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah sebuah taman dari taman-taman syurga.”
(HR al-Bukhari)


Comments

Popular Posts