Pergi Awal or Penghujung Haji

Alhamdullilah... dengan petunjuk daripadaNYA.

Apabila peserta kursus Haji telah mendapat tawaran menunaikan Haji. Jemaah perlu memilih waktu samaada hendak ke Madinah dahulu atau ke Makkah terlebih dahulu. Jika memilih ke Madinah, sudah tentunya penerbangan dalam peringkat awal. Di mana Jemaah akan bertolak ke Madinah dan berada di sana selama lebih kurang 8-9 hari, kemudian akan bertolak ke Makkah. Jika untuk penerbangan lewat ,jemaah akan bertolak terus ke Makkah terlebih dahulu. Namun pemilihan itu bukan termaktub, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing.

Atas nasihat dan pandangan ayah dan suami saya, saya telah memilih penerbangan ke Madinah terlebih dahulu. Alhamdullillah dengan rezekiNYA saya telah mendapat KT 19. seminggu selepas tarikh pertama penerbangan.

Banyak kelebihan dengan penerbangan awal.

Di mana para jemaah dapat membiasakan diri dengan suasana di Tanah Suci. Keadaan ketika itu di Tanah Suci masih belum ramai lagi dengan jemaah dari negara-negara lain. Keadaan makin hari makin ramai orang yang datang. Ketika itu jemaah awal dapat menyesuaikan keadaan .

Keadaan jemaah yang masih kurang, kita masih mempunyai ruang untuk memasuki kawasan Raudhah dan ziarah Maqam Nabi. Itu semua bergantung kepada rezekiNYA dan keinginan kita. Insyallah Allah akan bantu !

Begitu jugalah ketika saya bertolak Makkah, ruang tawaf masih nampak kekosongannya. Namun hari makin hari, ruang itu telah dipenuhi  dengan jemaah Haji. Dengan kesempatan itu, saya memohon kepada Allah agar memberi saya kesempatan untuk menguncup Hajar Aswad. Dengan kawalan suami ,alhamdullilah, sehingga kini saya masih tertanya-tanya bagaimana saya boleh menguncup Hajar Aswad dengan keadaan manusia yang sesak dan rakusnya berebut-rebut untuk menguncup Hajar Aswad. Dengan kudrat dan fizikal saya mustahil saya untuk melakukannya. Allah yang membantu saya, Allah yang melangkahkan kaki saya, Allah yang menggerakkan badan saya ke depan... Allahuakbar !  Ya Allah, aku dapat menguncup Hajar Aswad...

Saya terus berdoa saya ingin berdoa di Hijir Ismail , saya dapat memasuki kawasan Hijir Ismail. Saya solat sunat dan berdoa. Allah huakbar! Seterusnya Allah memberi saya peluang bersolat di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Kenikmatan dan keindahan yang  telah Allah berikan kepada hambaNYA yang hina. Ya Allah sesungguhnya aku merasa malu... dengan dosa-dosaku... Ya Allah ampunilah aku!

Kepada bakal jemaah Haji, berdoalah dari sekarang, agar Allah memberi kita peluang untuk menguncup Hajar Aswad, bersolat di Hijir Ismail, bersolat di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Insyallah Allah akan memberi ruang kepada anda!

Sebelum ini , pernah seorang ustazah menasihati saya, lakukan tawaf sunat, insyallah mudah-mudahan Allah akan memberikan kita ruang untuk berdoa di hadapan Multazam, menguncup Hajar Aswad dan lain-lain. Insyallah dan yakinilah Allah akan bantu anda!
 
Next .... klik

Comments

Popular Posts